Assalamualaikum wbt semua.
Terima kasih sudi subscribe channel telegram Ads Hero Tribe. Kalau anda belum join lagi, boleh klik di sini
Mungkin ada yang join channel ini tak pernah kenal siapakah pemilik channel ini kan? Izinkan saya perkenalkan diri ya.
Siapa Saya?
Nama saya Syed Gaddafi.
Saya mula berjinak jinak dengan Facebook Marketing sejak dari 2015 lagi. Pada 2017 saya mula bergiat aktif.
Antara perniagaan terawal saya adalah bersama salah sebuah syarikat produk kecantikan yang dulunya gah di pasaran negara.
Pada bulan pertama menjadi stokis, saya berjaya membuat jualan sebanyak 1,500 set (satu set berharga purata RM150).
Dengan pencapaian itu saya selalu diminta berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain.
Dari situ timbul pula minat saya untuk mengajar.
Bermulanya Menganjur Seminar
Bermula 2018, saya mulakan seminar saya sendiri iaitu Marketing Rakyat Marhaen.
Saya hanya minta bayaran ikhlas.
Tapi tu lah, sebabkan bayaran ikhlas, kadang-kadang saya terpaksa tanggung kerugian untuk menampung kos sewa bilik seminar.
Selepas itu saya bersama sahabat saya Hafidz Zed menganjurkan seminar Customer Dari Langit.
Covid-19 Melanda
Di sebabkan wabak Covid-19 melanda dunia, kami hanya sempat menjalankan beberapa siri sahaja.
PKP telah memberi norma baharu dalam industri latihan. Ramai trainer sudah mula beralih ke medium online dan saya juga tidak ketinggalan.
Sewaktu PKP saya telah dijemput berkolaborasi bersama guru saya sendiri iaitu Hj Faizul Ikhwan yang merupakan founder Rahsia Ceramah Memukau.
Jualan Lebih RM160,000 di waktu PKP
Dalam waktu itu juga saya mengeluarkan produk digital iaitu Video Panduan Facebook Ads Mastery yang telah menghasilkan jualan sebanyak RM160,000 dalam masa sebulan.
Facebook Blueprint Certified
Apa yang saya buat sekarang ini adalah kerana minat saya sendiri. Memang sejak di bangku sekolah lagi saya bercita-cita nak menjadi Profesor.
Tapi sekarang dapat ajar orang tentang Fb Marketing pun kira ok lah ! haha
Saya juga merupakan Facebook Blueprint Certified – Digital Marketing Associate
Tujuan saya tubuhkan channel ini adalah untuk berkongsi ilmu dan memberi sedikit motivasi kepada usahawan seperti anda.
Moga ukhwah kita berkekalan sammpai bila-bila ya. Terima Kasih