Bahaya Buat Iklan Facebook Dengan Ikut-Ikut Orang

Buat Facebook Ads ni tak boleh ikut-ikut orang..

beberapa hari lepas, pada sesi personal coaching saya, ada peserta yang dah run ads selama 2 tahun untuk bisnes beliau.

bila saya review ads manager beliau dan tanya beberapa soalan, saya dapati beliau run fb ads menggunakan teknik “ikut orang” haha!

Teknik ini tak salah, yang salah bila kita ikut membabi buta.

“Saya tengok ramai orang post buat fb ads banyak ads set/ads dalam satu kempen. tengok sales diorg padu!”

Saya hanya mampu tersenyum.

Pertama sekali, kita kena faham apa yang orang post biasanya yang indah-indah belaka.

Mereka semua ada strategi/funnel masing-masing. kita hanya nampak ads set yang berlambak.

yang kita tak nampak adalah “proses” yang mereka telah lalui.

Mengikut Khalid Hamadeh (Seorang pakar fb ads yang dulunya berkerja selama 3 tahun bersama Facebook), ads yang terlampau banyak dalam suatu campaign mengundang risiko yang tinggi.

Apa risiko nya? Risiko nya adalah kebarangkalian untuk iklan kita bersaing sesama sendiri sangat tinggi. itu kita panggil “Auction Overlap”

Dimana dalam auction system yang digunakan oleh Facebook Ads, iklan kita akan bersaing sesama sendiri.

Ini akan membuatkan iklan kita lebih mahal dan kurang perform.

Anda boleh tengok sendiri Amount Spent Daily VS Daily Budget di dalam Ads Manager.

Kebanyakan orang yang guna teknik sebegini akan mendapati bahawa Facebook tidak berupaya untuk habiskan budget harian kita. contoh:

Budget sehari RM60

Amount Spent RM40

Ini petanda iklan anda tidak berjaya di optimize sepenuhnya oleh Facebook

Cara yang paling baik adalah :

1) Mulakan kempen dengan maximum 2 iklan dalam satu ad sets terlebih dahulu

2) Split test iklan mana yang lebih baik

3) Run iklan yang terbaik sahaja untuk 7 hari.

4) Monitor performance sama ada perlu naikkan budget atau tidak. Jangan tergesa-gesa untuk buat banyak iklan sekali gus ya.

Itu sebab bila saya kongsi dengan anda tentang fb ads, saya hanya kongsikan apa yang Facebook suka sahaja. bukan dari pengalaman semata mata.

kerana teknik/strategi dari pengalaman yang saya ada mungkin berbeza untuk di gunakan dengan niche yang berlainan dari pengalaman kita.

Nota kaki : Anda lihat sendiri gambar di atas. Semakin rendah peratus Auction Overlap, Semakin tinggi purchases dan vice versa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *