Jangan Run Iklan Online Pada Hari Minggu

Mitos : Jangan menjual pada hari sabtu dan ahad, takde orang beli.

Beberapa hari lepas, dalam satu sesi personal coaching, ada peserta tanya saya :

“Tuan, saya ada pergi belajar dengan seorang sifu ni, dia kata sabtu dan ahad jangan run fb ads. takde orang membeli pada hari minggu katanye”

soalan saya simple : “Awak dah test?”

Jawapan dia pun simple : “Belum”

lalu kami pun berdekah dekah gelak. 🤣🤣

Sebenarnya takde guru yang salah dalam dunia ni.

Kadang-kadang pemahaman kita yang tak jelas. Apa pun yang kita belajar, kita kena test dulu.

Eksperimen ni sangat penting. Selagi kita tak cuba sendiri, kita takkan dapat jawapan.

Kuatkan basic dan fundamental. Ibarat kita sedang kuatkan kedua kaki kita. Angin tolak macam mana pun, kita tak mudah jatuh.

Dalam personal coaching sebenarnya tugas saya adalah untuk kuatkan Basic dan Fundamental sahaja.

Kemudian anda akan berdiri teguh sendiri.

Nota Kaki : Gambar menunjukkan jualan pada hari minggu + Pertengahan bulan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *