Macam Mana Nak Berniaga Tanpa Rugi?

Soalan : Tuan, saya nak berniaga tapi takut lah. Nanti rugi macam mana?

Kalau ikutkan hati, nak je saya jawab “tak payah meniaga lah kalau macam tu” hahaha..

Kemudian saya teringat kata-kata seorang jutawan yang saya jumpa sewaktu mengikuti Kem di Pondok Tahfiz Sheikh Nuruddin dulu..

Dia tanya saya satu soalan “Syed, kau nak berniaga tanpa rugi?”

Dalam kebingungan saya tanya balik “Macam mana tu tuan? Ada ke meniaga tak rugi langsung?”

“Ada” dia jawab selamba.

Dia kemudian buka Al-Quran dan menyuruh saya membaca ayat ini :

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara bersembunyi atau secara terbuka,mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. (Terjemahan surah Faatir: 29)

“Deep.Saya terkaku. 2-3 kali saya ulang baca ayat tersebut.

Betapa penting perniagaan itu di sisi Allah sehingga Allah bagi tips lagi macam mana nak meniaga tanpa rugi.

Patutlah dulu para sahabat berlumba lumba untuk buat ‘Tips’ yang Allah bagi ni.

Allah nak bagitahu kita bahawa, jangan tinggal tiga perkara ni :

1) Membaca Kitab Allah

2) Mendermakan sebahagian dari harta

3) Mendirikan Solat

In shaa Allah perniagaan kita takkan rugi.

Syed Gaddafi,

Aku Bukan Ustaz 😂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *